Thursday, November 8, 2012

Hati oh Hati

Teman,

Cinta itu akan hadir tanpa mempedulikan kondisi hati

Kerana,

Cinta itu bukan hadir kerana didikan tapi fitrah kehidupan

Oleh itu,

Hati tak usah risau

Cinta akan mengajarmu senyuman tanpa paksaan

Cinta akan memberimu pelangi tanpa hujan

Tetapi,

Bukan bererti bebas meluahkan cinta tanpa tekad

Bukan bererti bebas menzahirkan cinta tanpa akad

Kerana,

Hidup kita berlandaskan syariat

Bukan berajakan nafsu dan syahwat

Ingat,

Cinta yang utama itu

Hanya Allah SWT

No comments:

Post a Comment