Tuesday, July 30, 2013

Babyboyfriend.


nak beli handphone android for my dad, dah janji berbulan dah tapi tak terbeli lagi. so, decide i should buy it today.

babyboyfriend ikut juga, patah pinggang dukung dia lama lama ni.

Ibu adam pun ada, so keluar bertiga lah.

cari punya cari..
pilih punya pilih..

(perempuan kalau bab membeli memang teliti haha)

tetiba abgcinayanghensemberganda tu tanya,

"your son meh? looks like chinese..itu dalam perut ada lg ya?"

Hahahahaha

Gara gara berbuka la ni, kembung perut (cover)

Pelanggan Oh Pelanggan!

Internship Day.

Masuk pintu main office.

"Kamu yang meniaga pasar malam tu kan?"

Hahaha

Hai pelanggan nasi lemak kukus! :)

Friday, May 31, 2013

Penghujung kisah :)

Last checkpoint!

Selepas hampir tiga tahun di bandaraya Sintokjaya, I and my friends akan tamatkan pengajian sebagai seorang mahasiswa/i :)

Akhirnyaaaaaaaaaaaa!



No more assignment.
No more quiz.
No more classes.
No more hang out. #Eh?

'Tamat' bukan pengakhiran tapi adalah permulaaan.

Penat dah bergaduh
Penat dah bermasam muka
Penat dah ber-society
Penat dah gila kuasa. #Eh?

Hahahaha.

Kawan kawan yang hebat, semua ni tak kan berakhir.
Tapi kita akan berdepan dengan situasi lagi tragis.



Please, trust me!

Yang membezakan,

How do we handle this problemo?

Tuesday, January 8, 2013

Makhluk sombong

Dah sedar diri tu tak perfect, sibuk nak mengata orang lain jugak..
Eh, berlagak baik pulak dia ni...
Cerminlah diri tu dulu sebelum nak tegur orang lain..

Hah,nampak tak betapa sombongnya kita?
Tak sedar lagi? ish ish ish, patut hantar kau sekolah balik ni. Biar kenal erti 'manusia' ni.

Okay,manusia ini hamba yang hina.
Pendosaaa!
Ada sape sape yang berani jamin diri korang tu takde dosa/takpernah buat dosa? Ada tak?
Kalau ada, meh aku mintak tolong kawan aku,Fahmi ruqyahhhh kat korang.

Kira bagus lah ada yang sedar atau tegur korang, tu tandanya Allah swt sayang kita lagi.
Tetap bagi ingatan suruh berubah. Ni tak,sibuk nak kondem orang yang nasihat tu. Macam kita lagi suci.

Iblis&syaitan.
Tahu kan?
Makhluk ni sombong
Rasa lagi bagus daripada manusia.
Jadi,berhentilah ikut perangai iblis&syaitan laknatullah yang sombong tu.

UAS - Ujian Akhir Semester

Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran.

Counting my days.

Wednesday, January 2, 2013

Hasil akhir adalah keputusan yang dibuat pada awalnya.

Begitulah dalam mendidik anak. Keputusan kita dalam memilih manhaj untuk mengenalkan anak kepada kehidupan akan menentukan kehidupan anak kita. Besar kesannya, seperti hendak memasak.

Nak masak tomyam, kenalah guna perencah tomyam. Takkan lah guna serbuk kari, tiba tiba nak jadi tomyam. Mustahil kan?

Anak itu acuan ibubapa.

Mendidik anak itu bukan sekadar hanya hantar anak ke sekolah agama. Bukan. Kerana agama itu syumul. Agama itu bukan hanya di sekolah, tapi dalam kehidupannya. Cara anak itu makan, tidur, bahkan sikat rambut pun ada gayanya. Menyeluruh. Praktiskan dalam hidupnya, kerana Islam bukan terdiri dari teori semata-mata. Islam itu ibadah.

Raikanlah kehidupan anak dengan syariat Islam, bukannya kemewahan/keseronokan duniawi.

Yang disoal kelak, ibubapa bukan guru.

Sedarlah wahai ibubapa, anak itu amanah daripada Allah swt yang akan dipersoalkan kelak.

Monday, December 17, 2012

Keunikan Daerah Istimewa, Yogjakarta.

Assalamu'alaikum & Greetings ppl :)

ewah ewah,macam ada je yang baca blog aku ni. Hihi *sopan* Its okay,blog ini aku buat bukan untuk jadi bintang paling popular macam Heliza Helmi, Irma Hasmie, Dena Bahrin etc. Okay, mereka semua ni aku adore sangat. Cantik, bergaya dan muslimah :)  Tapi kalau dah terpopular tu, rejeki tau.

Berbaki sebulan lebih lagi to stay dekat negara jiran tetangga ni, Indonesia. How I feel? Absolutely, sad and hampir nangis! Dah jatuh sayang, although I've lived  here for only five months but, cinta tidak mengenal masa&ketika. rite ppl? ;)


so I gonna share my stories, what I like most here.


1. Masjid & Musholla in Yogjakarta.


I dont noe how the other parts in Indonesia, but here, u can find musholla easily. So,dont give a stupid excuses, "I didnt pray cuz I cant find musholla". Guys, majority here, is Muslim. And, they're very concern bout sholah/prayer. even though we have many activities to do, but they never miss to remind us to sholah and of course,berjemaah. And, musholla sangat terjaga, besar, bersih dan beautipul :) 5star! Pizzahuts pun ada sediakan musholla yang besar dan bersih. Absolutely, mukena/telekung pun disediakan dan guaranty, bersih. osem osem and osem! okay,dah dah dah. excited sangat tu Hihi




Masjid, rumah Allah swt itu hidup. I mean, masjid itu bukan diguna sekadar untuk solat tapi bahkan tempat menuntut ilmu. Ada ruangan kuliah, ada ruangan buat teman teman berehat dan study. osem osem osem! 1st time masuk, waktu tu masa solat zohor. Allahuakhbar. Ramai ke masjid,solat jemaah. Not only muslimin, but muslimat also. Bahagian muslimat je dah 2 saf penuh! Deep in my heart, nak nangis terharu, malu, dan macam macam perasaan. Cantik,tersusun.




Ba'da sholah,ada pengajian hadis.ramai yang terus mengaji. entah la, I dont get this in our environment. Tak putus putus pelajar ke masjid, okay maybe sebab takde surau dalam universiti tapi di tempat kita, kat surau tu pun susah nak tengok penuh sepenuhnya walaupun pelajar ramai seramainya. baik,husnuzon :) Allahuakhbar, semoga diredhai oleh-Nya.


Bandingkan dengan kita? Majoriti di negara kita beragama, Islam. Lihat masjid kita, bukan sekadar luaran tapi juga dalaman. Salah satu masjid dinegara kita yang saya kagum, Masjid Shah Alam, but lupa namanya. Kenapa? try pergi, and u will noe the reason. Here, mereka bukan sahaja mengimarahkan masjid, bahkan meraikan musholla. Guys,tepuk dada,tanya Iman.


2. People in Yogjakarta.


They're like a family :) 1st time jejak kaki ke daerah istimewa Yogjakarta ni,perasan bercampur baur. Can I survive? How do I communicate with them? I'm not good in English. rendah diri sangat, tapi disebabkan semangat nak belajar, akan ku teruskan jua! #eh? haha sory,termotivasi diri kejap. Hihi


Bulan ke-dua di Yogjakarta, Mbak Sulis hadiahkan saya gamis/jubah. Cantikkkkkk!baru je kenal,tapi mbak sulis layan kami macam adik adik dia.Macam mana nak tinggalkan Mbak Sulis nanti, pasti cengeng! :( Mbak, I never know a person like you,in sha Allah, I'll never forget u and I'll always pray for your happiness.Ameen.


Mereka sangat baik,peramah,cantik ppl! Baru sapa, dah mcm kenal bertahun tahun! Pergi makan sama2, study sama2, ehhh pokok pangkal together gether lahhh. Tidak berpuak :) terbuka dlm berbincang&berkongsi pendapat. Last week, we went to Bandung. so, ibu bapa Audit tolong jemput,tempah kan bilik hotel, eh macam2 la. belanja makan. baik baik baikkk sangat. Hanya Allah swt saja yang mampu membalas jasa baik mereka. Baru jumpa 3 hari,tapi dah syg family Audit ni :)


----------------------------------------------------


Banyak lagi yang menarik daerah istimewa Yogjakarta, nanti sambung cerita. Ok ppl?