Tuesday, January 8, 2013

Makhluk sombong

Dah sedar diri tu tak perfect, sibuk nak mengata orang lain jugak..
Eh, berlagak baik pulak dia ni...
Cerminlah diri tu dulu sebelum nak tegur orang lain..

Hah,nampak tak betapa sombongnya kita?
Tak sedar lagi? ish ish ish, patut hantar kau sekolah balik ni. Biar kenal erti 'manusia' ni.

Okay,manusia ini hamba yang hina.
Pendosaaa!
Ada sape sape yang berani jamin diri korang tu takde dosa/takpernah buat dosa? Ada tak?
Kalau ada, meh aku mintak tolong kawan aku,Fahmi ruqyahhhh kat korang.

Kira bagus lah ada yang sedar atau tegur korang, tu tandanya Allah swt sayang kita lagi.
Tetap bagi ingatan suruh berubah. Ni tak,sibuk nak kondem orang yang nasihat tu. Macam kita lagi suci.

Iblis&syaitan.
Tahu kan?
Makhluk ni sombong
Rasa lagi bagus daripada manusia.
Jadi,berhentilah ikut perangai iblis&syaitan laknatullah yang sombong tu.

UAS - Ujian Akhir Semester

Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran.

Counting my days.

Wednesday, January 2, 2013

Hasil akhir adalah keputusan yang dibuat pada awalnya.

Begitulah dalam mendidik anak. Keputusan kita dalam memilih manhaj untuk mengenalkan anak kepada kehidupan akan menentukan kehidupan anak kita. Besar kesannya, seperti hendak memasak.

Nak masak tomyam, kenalah guna perencah tomyam. Takkan lah guna serbuk kari, tiba tiba nak jadi tomyam. Mustahil kan?

Anak itu acuan ibubapa.

Mendidik anak itu bukan sekadar hanya hantar anak ke sekolah agama. Bukan. Kerana agama itu syumul. Agama itu bukan hanya di sekolah, tapi dalam kehidupannya. Cara anak itu makan, tidur, bahkan sikat rambut pun ada gayanya. Menyeluruh. Praktiskan dalam hidupnya, kerana Islam bukan terdiri dari teori semata-mata. Islam itu ibadah.

Raikanlah kehidupan anak dengan syariat Islam, bukannya kemewahan/keseronokan duniawi.

Yang disoal kelak, ibubapa bukan guru.

Sedarlah wahai ibubapa, anak itu amanah daripada Allah swt yang akan dipersoalkan kelak.