Wednesday, January 2, 2013

Hasil akhir adalah keputusan yang dibuat pada awalnya.

Begitulah dalam mendidik anak. Keputusan kita dalam memilih manhaj untuk mengenalkan anak kepada kehidupan akan menentukan kehidupan anak kita. Besar kesannya, seperti hendak memasak.

Nak masak tomyam, kenalah guna perencah tomyam. Takkan lah guna serbuk kari, tiba tiba nak jadi tomyam. Mustahil kan?

Anak itu acuan ibubapa.

Mendidik anak itu bukan sekadar hanya hantar anak ke sekolah agama. Bukan. Kerana agama itu syumul. Agama itu bukan hanya di sekolah, tapi dalam kehidupannya. Cara anak itu makan, tidur, bahkan sikat rambut pun ada gayanya. Menyeluruh. Praktiskan dalam hidupnya, kerana Islam bukan terdiri dari teori semata-mata. Islam itu ibadah.

Raikanlah kehidupan anak dengan syariat Islam, bukannya kemewahan/keseronokan duniawi.

Yang disoal kelak, ibubapa bukan guru.

Sedarlah wahai ibubapa, anak itu amanah daripada Allah swt yang akan dipersoalkan kelak.

No comments:

Post a Comment