Tuesday, May 29, 2012

Kuciwa ~

Maaf

Saya tak sesempurna awak

Maaf

Saya tak sebaik awak

Maaf

Saya tak sesangka awak

Maaf

Saya tak sebagus itu

Maaf

Saya tak sehina itu

Maaf

Saya tak serendah itu



Sunday, May 27, 2012

Hero&Heroin..

Ayah,
Anak ayah yang ni dah besar, tapi perangai macam budak lagi.
Ayah,
Anak ayah yang ni dah besar, tapi asyik menangis lagi.
Ayah,
Anak ayah ni dah besar, tapi tak pandai masak lagi.
Ayah,
Anak ayah ni dah besar, tapi nak ayah pujuk lagi.


Mak,
Anak mak ni dah besar, tapi selalu tidur sebelah mak lagi.
Mak,
Anak mak ni dah besar, tapi bila sakit nak mak ada lagi.
Mak,
Anak mak ni dah besar, tapi tak terbalas jasa mak lagi.
Mak,
Anak mak ni dah besar, tapi bila nangis sebut nama "mak" lagi.


Makayah, walaupun echa dah besar
I'm always your sweet daughter yang selalu sayang,rindu&doakan makayah.

Takkan ada titik penghujung cinta
buat makayah.

walaupun hadiah yang ni taklah seberapa nak dibandingkan dengan pengorbanan&kasihsayang makayah.
Tapi echa harap hadiah yang tak seberapa ni akan buat makayah tersenyum & bahagia :)
Makayah lah hero&heroin dalam kehidupan echa.


Berlapang dada ;)



"Setiap rindu nyata pada Mu..."

Sabda Rasulullah SAW, "kami para Nabi diperintah supaya turun bersama manusia di tempat-tempat mereka&bercakap kepada mereka menurut KADAR PEMIKIRAN mereka"

Terangkan sesuatu kepada orang lain mengenai Islam, cukup setakat pemikiran yang mereka boleh terima. Hidayah itu datang dari Allah SWT. Kita sbg manusia sekadar berusaha. Kata Allah dgn mafhum,"Apakah kamu menyangka hidayah itu drpd kamu...".

Berlapang dada lah wahai jiwa pejuang!

Sunday, May 13, 2012

Jodoh :) *sengih*

Yeyeye, saya tahu saya tengah studi lagi. :D

mesti ada dalam hati korang, "gatai budak kecik ni,blajaq tak abih lagi.."
Hehehehehe :D sayang semua, bercerita tentang jodoh ni bukan maksud saya nak kahwin sekarang. Calon calon belum ada. eh, awat calon-calon ea? Knp bukan 'calon' je? Teeettt..

Bercintalah dengan bermaruah, utamakan syariat ;)

---------------------------------------------------------
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

----------------------------------------------------------

Situasi 1
sambil aku tolong mak aku masak kan dapur, mak aku pun mula la buat conversation dengan anak dia ni ...

mak:   nanti mak mertua suruh masak, jangan menganga pulak...
aku :  mak ni, eca baru 22 tahun. Muda lagi *Padahal, dalam hati seronok kemain*
mak : Hah, tau pun. Blaja dulu, gatai nak kahwin
aku : dlm hati, "err...bukan mak aku ke yang start dulu cakap psl ni?pasai pa aku yang kena?"

----------------------------------------------------------

Moral : Layankan je lahh Hehehe ilysm mama! *Adik aku yg SPM tu pernah rasa perbualan camni Huhuhu Mak ni, comel lah!


----------------------------------------------------------

Walimatul Urus Angah&Kaklya l sweet gile dorang ni, bercinta lepas kahwin!


Ni aku share dari IluvIslam tauuu. btw, best lah website ni, banyak bagi maklumat.
Pasal motivasi, Hidayah..Cinta. *ehh, suke letteewww! kan?


10 petanda dia jodoh kita (=
*Cuba lah baca, kot kot yang awak minat tu, yang syok dari dulu..ade tanda-2 ni :D

Selamat Membaca!

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

Kawan, Keluarga , Sahabat Dan Segalanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

"A Friend is one who believes in you when you have ceased to believe in Yourself"

Jarang nak update blog, mungkin sebab kurang gemar menulis. Garu kepala nak susun ayat nak kasi orang lain seronok membaca :D ceq tak pakar laaa hal tulis menulis ni.

Apa2 pun, entri kali istimewa. Sebab? Entri ni nak kongsi pasal keluarga ceq kat bumi Sintokian ni Hehehe

Mereka kawan yang hebat!




saya sayang mereka! jatuh bangun saya, semua dengan mereka. ilysm :)

Weh, aku nak habaqqq. aku sayang korang sampai bile2. wohaaa! Hee
Jangan nanges nanges tau baca blog aku ni, tau lah terharu.
Cover sikit ye. Muah ;)





Cik Iyliaaaa & Bro Zaiful :D *bro ni selalu buli kami ! Huh.




Bff saya : Cik Iyliaaa & Cik Shidaaaaa :D ilymtylm wohaaaa!


Dah macam2 berlaku..Dah macam2 kita tempuh kan? For sure, aku sayang korang sampai bila-2! Aku selalu doakan kebahagian korang. Bro, you too XD




Sincerely, budakyangsukananges :D

Sunday, May 6, 2012

Sedarlah, yang itu baru sikit .

Okay, begini lah kakak adik abang sayang. aku tak nafikan ujian kau tu berat tapi janganlah buat macam kat dunia ni kau lah paling sengsara. boleh?



*adik ni nanges comel :)

Lupa ke sirah sirah Nabi sebelum ni? Oh, lupa? Baiklah, kita pergi contoh yang lebih dekat dalam jiwa masyarakat Melayu Malaysia tercinta ni. *aku memang sayang Malaysia, dan ini bukan tanda aku sayang **** :D haha

Punyalah banyak drama Melayu yang paparkan cerita yang maha dasyat ujian kat seseorang, tu pun tak amik iktibar? sesungguhnya kau angkuhlah. Angkuh dengan Tuhan. Kau anggap kau lah paling sengsara kat atas dunia ni. takperlu buat teruk sangat lah. Okay? Annoying tau!

Takcukup dengan drama Melayu, kita rakyat jelata ni dihidang dengan sinetron Indonesia. Yang ni, mmg tahap kronik lah ujian ye. haha. Imaginasi kuat betul penulis skrip Indonesia ni! kannn? Ade yang menangis setiap episod, malang je nasib. *aku xfaham betul*

Hah, kan ade lagi teruk tu? so, takperlu nak buat teruk sangat lah kawan. Orang lain punye ujian, ade lagi hebat. aku taknafikan kau punya ujian tu besar tapi tolonglah...

Orang yang tak berdoa kepada Allah SWT, orang yang takbur. Banyak2kan berdoa!