Sunday, January 15, 2012

sakit? anugerah?

teringat pada mula melangkah masuk ke utara tanah air ni. kecut perut juga lah. terpaksa duduk berjauhan dengan keluarga. tiada saudara mara yang berdekatan membuat aku lagi berasa seperti dibuang negara. berat sungguh rasa ketika itu. mana tidaknya, dari tadika sehingga ke tingkatan enam aku tak pernah berpisah dengan keluarga kecuali PLKN yang hanya tiga bulan, di negeri yang sama.

permulaan pengajian yang aku anggap sangat sukar untuk aku menapak ini seakan-akan menjatuhkan lagi semangat aku untuk terus menimba ilmu di universiti yang bersempadan dengan Thailand ini.Awal semester, murah juga lah airmata gadis tgmalim ni.

Macam-macam kejadian berlaku, bila di ingat kembali, malu ye,macam budak kecik! hehe tapi, adat lah buat seseorang yang buat pertama kali ye perlu untuk hidup tanpa orang yang dikenali di sekelilingnya.tak mengapalah, aku tanam kata-2 penyedap di hati, mungkin ini permulaan untuk aku belajar dan mengenali kehidupan sebenar. kini aku berada di penghujung semester tiga, bukannya akhir semester penutup. cepatkan masa berlalu? daripada junior yang mentah kini sudah bergelar separa senior.

tipulah kalau sepanjang tempoh aku lalui di bumi sintok ini, semuanya manis. sakit itu pasti ada.

"banyak udang, banyaklah garamnya, banyak orang, banyak jugalah ragamnya"

kecewa.kesal.sebal. apa lagi? semua sudah aku rasai, dan aku pasti semua orang merasai ye. apatah lagi ramai yang kini lebih gemar membuat luahan rasa di ruangan maya ; facebook/twitter/blog/dll. rata-ratanya mudah membuat simpulan mati terhadap isu isu yang panas bak goreng pisang makjah. apabila adanya salahfaham, semuanya mula tampil sebagai hero untuk menyelamatkan keadaan atau menunjukkan mana yang zahir dan mana yang batil.

silent reader pula mula membuat pemerhatian dan konon membuat kesimpulan yang neutral. "awak betul, tapi yang ni salah dan dia salah, cuma dia tak betul..." dan mula forum perdana yang tiada siaran langsung di kaca perdana. atau lebih enak di gelar persidangan meja kopi. Baguslah kalau ianya lebih ilmiah dan bertamadun.bagaimana saya mengambil sakit ini sebagai anugerah? bukanlah saya bagus, sama seperti anda. cuba mencari sinar dalam gelap.

saya berterimakasih kepada kalian yang memperkenalkan saya apa itu cemburu, dendam, demokrasi, kawan, musuh, autokrasi, mahasiswa, anak, manusia, fitrah, takdir, open-minded, dll. sebab itu semua anugerah dalam saya membentuk perisai diri. tidaklah sempurna, sama seperti anda semua, hamba-Nya.solusi kehidupan? pastinya, back to your fitrah.


by, Aisyah Ismail 3.47pm 16 Januari 2012

No comments:

Post a Comment