Wednesday, November 21, 2012

sweetheart ;)



COWARD


Yes, aku seorang yang pengecut.

Bila aku ada masalah, aku lebih suka berundur dan bawa diri
Aku tak pandai kawal perasaan bila berdepan dengan masalah
Sebab tu, aku yakin dgn bawak diri/hilangkan diri daripada masalah tu

Lebih tenang.
Tenang memikirkan apa yang telah berlaku
Cuba cari kekuatan
Mmg masalah tak selesai dengan cara camni
Tapi berurusan dalam keadaan emosi yang takstabil
Akan bawa kepada hasil yang buruk

Masa.
Penting untuk aku hilangkan sakit hati
Penting untuk aku waraskan balik pemikiran aku





Sunday, November 18, 2012



Kita tak 'macho' kalau menangis depan mak
Tapi depan jenazah mak baru nak menangis, itu LOOSER.

Kita tak 'gentle' kalau tak merokok
Tapi berpenyakit baru nak menyesal merokok, itu USELESS.

Kita tak 'hebat' kalau berkereta kecil
Tapi yang dipandang Allah swt, itu TAQWA.

Kita tak 'moden' kalau berserban
Tapi memakai serban, itu SUNNAH.

Kita tak 'standard' kalau lepak warung
Tapi kita dari setitis air mani, itu SAMA.

---------------------------------------------------------------



Kita rasa 'hancur' bila makwe dikebas
Tanah Palestin dikebas, tapi mereka semakin KUAT.

Kita rasa 'down' bila keputusan exam teruk
Tanah Palestin teruk diserang, tapi mereka tetap BANGKIT.

Kita rasa 'stress' bila tiada harta
Tanah Palestin hilang harta, tapi mereka kenal SYUKUR.

Kita rasa 'rendah' bila hilang pangkat
Tanah Palestin hilang negara, tapi mereka dipandang TINGGI.






Thursday, November 8, 2012

Hati oh Hati

Teman,

Cinta itu akan hadir tanpa mempedulikan kondisi hati

Kerana,

Cinta itu bukan hadir kerana didikan tapi fitrah kehidupan

Oleh itu,

Hati tak usah risau

Cinta akan mengajarmu senyuman tanpa paksaan

Cinta akan memberimu pelangi tanpa hujan

Tetapi,

Bukan bererti bebas meluahkan cinta tanpa tekad

Bukan bererti bebas menzahirkan cinta tanpa akad

Kerana,

Hidup kita berlandaskan syariat

Bukan berajakan nafsu dan syahwat

Ingat,

Cinta yang utama itu

Hanya Allah SWT

Wednesday, October 24, 2012

Makrab Camp (1)

20 Oktober 2012


Makrab.
Aku pun taktau ape nama penuh, tapi macam aktiviti tahunan buat IPIREL.Program berkenalan dgn senior junior. Dan aku jugak tergolong dalam junior hahaha terasa muda akak! Padahal umur dah 22 tahun,yang adik-adik junior ni baru 18 tahun weh. Ohmy~


1500 l Berkumpul.



KAMI l Nak camping 2hari 1malam je,tapi aku pack barang mcm nak duduk kat hutan tu terus.haha.Weel, aku ni kan perempuan sejati,wajib hukumnya banyak nak bawa. syampoo, berusgigi, sabunmandi, kain basahan. eh,banyaklah! stok makanan tu penting! sempat lah aku beli roti lepas lunch.Roti je? betapa menyesalnya aku beli roti je *Hungry*
Dan,berjalan kaki lah kami dari UNIRES Putri (DPP/Kolej/Apartmen) dgn beg besar tuh.Aku dah la kecik dan comel #eh!. Beg ye besaq yg amat.Jalan kaki dgn geng Thailand skali. Hee semangat nak kemping~ ni.



PENGANGKUTAN l Buat pertama kalinya aku naik bas kat Indonesia ni, bangga aku HAHA. Kondisinya? Mcm bas mogah :) sesiapa yang duduk Tanjung Malim yang indah dan permai tu tau lah bas mogah camne. Tapi takpe,semua ni pengalaman. seronok weh! 1 bas utk girl and 1 bus for boys. Senior? Naik motor&keta. Hadek2 naik bas yeee..


Tunggu.tunggu.dan tunggu....


Berjam tunggu sebab ada dua tiga orang yg asyik "ontheway". Ada yang masih dekat rumah,mampu?Yang bezanya,senior takmarah pun weh. Kat sini,aku takpernah lg tgk budak2 ni marah. Happy je..
Kalau kat tempat kita,lama dah kena carut.

Sweaty l Hmm,kami yg dlm bas ni sampai berpeluh2. Takda aircond, tingkap kecik tu pun kat atas. Nasib baik aku duduk depan,tak berhimpit. dalam sejam lebih jugak lah tunggu,baru sampai Icha,Budi dgn sape tah. Tapi senior semua tetap dalam goodmood :) Ohsgtbaikbagus! perlu dicontohi. *muka ikhlas*





PENGEMBARAAN BERMULA l Lets goooooo!
Okay, aku ingatkan dekat tapi makan masa sejam lebih jugak lah nak sampai tempat kem tu.Jauh sesangat, jalan macam pi cameron highland tapi naik bas ala ala mogah.Korang rasa camne? naik bukit tu, mcm naik taknaik je HAHA~ Sepanjang perjalanan tu aku sangat teruja sebab banyak lagi kedai-kedai yg ada dan aku takpegi lagi. *dasarrr kaki shopping* :D


Bersambung...

Saturday, October 13, 2012

My Hero; AYAH



Ini lah hasilnya bila ke-bosan-an :)
Okay, this is my little sister, Atiqah Ismail.
Sekarang study kat IIUM.


Malam-malam macam ni, mesti teringat kisah nostalgia kan?
Yang syahduuu~

Bukan nak bercerita pasal adik aku ni pun, saje letak gambar ni. baru edit.



Ayah :)

Dlm adik beradik, aku diantara yang selalu sakit tapi aku jugaklah yang selalu dapat pelepasan yang adik beradik aku takpernah dapat. hahaha
Suatu hari tu, aku demam panas. aku ni, kalau demam sikit pun dah over, taktau nape.lagi lagi kalau ade makayah. wah, bukan kemain kau chaaaa! :) anakmanje.
Demam panas,sampai muntah muntah la. uwekk uwekkkk =,="


Malam tu aku tidor dengan makayah. oh,seronoknya!  nak dijadikan cite, mak aku pun dah letih jaga aku. malam tu aku muntah lagi. aku pun panggil lah mak dgn suara yg ala-ala je. "mak..mak.."  tiba-tiba, ayah yang sedar.ohmy~ ayah tanya, "nape?ami nak muntah ke? ya ampunnnn, terharu takterkata la. ayah terus bangun pi dapur, amik kan air masak. ayah picitkan kepala aku. ohmy~ memang terharu gila habaq hang :)

Selalu ye,bila aku sakit,
ayah akan picitkan kepala aku sampai lah ayah aku tertidur.
Ya Allah, bagilah aku kesempatan untuk balas segala jasa ayah. Ameen.


Ayah :)

Ms ting 4, aku kena buat operation @ Hosp Slim River.
Sakit ni sebenarnya dah tau dari kecik tapi nak tunggu aku besaq sikit. Ada semangat&ready. fuh!
As usual, lepas operation kan macam lembik badan & separuh sedar. Tiba2 ayah datang, so aku pun pura pura taksedar sepenuhnya. ohmy~ ayah datang,ayah tengok tempat kena operate tu. Lama...ayah diam je.tunduk.lepas tu, ayah terus cium dahi aku.ohmy~
Nangis aku tau~ Oh,kasih ayah yang terindah.

Sblm&Slps tu,ayah buat cool je. Takpe ayah, anak ayah tau hati ayah. saranghae,muah!



Opportunities & Niat :)

Peluang susah nak datang, bila dah ada, jangan lepaskan. Bak kata, Orison Swett Marden lah,

"Opportunities? They are all around us. There is power lying latent everywhere waiting for the observant eye to discover it. "

Jadi, peluang itu jangan disia-siakan.
Beranikan diri, buka minda untuk belajar perkara baru, lapangkan hati dalam menerima perubahan dan mantapkan fizikal.

Peluang itu datang bersama cabaran. Peluang itu datang bersama dugaan.
So, fizikal dan mental, dua-duanya perlu get ready!

Asas dalam apa jua perkara adalah, Niat :)

Rasulullah (s.a.w.) bersabda; 

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى


Maksudnya;
Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat atau disertai dengan niat dan sesungguhnya ke atas setiap seseorang itu (dibalas) berdasarkan niat mereka.

When you get your chance to become a better person/life, the first action is to check your intentions. Even if the you get a great opportunity but you have a dirty niat, it's useless. totally USELESS.

We life for Allah SWT. We do something for get bless from Allah SWT.Firman Allah SWT;

باب قول الله تعالى: وما خلقت الجن والنس إلا ليعبدون

Maksudnya;

"Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku"
(Surah Al Zariyaat, 56)


Peluang&niat?

Sesuatu peluang itu adalah baik jika kita semua dah setting niat baik baik dan bukan mengambil peluang sesuka hati.

Peace!



12-13Oct 2012
Yogjakarta
Demam dah kebah,banyak tidur 
Sakit pun tanda Allah SWT sayang kita
Senyum