Tuesday, August 7, 2012

Yang dilahirkan ;)

8 August 1990

Iyliahanis Sa'ari


Awok dah berumur 22 tahun!
Yeyeyeyeye !
Kite dah sebaya
Sama muda
Sama Tua
Kuang kuang kuang ~

Selamat Dilahirkan 22 tahun lepas :)

Aku doakan kau :-
1. Bahagia bersama keluarga tercinta
2. Cepat jumpe jodoh
*Yang ni penting! hehe
3. Terus sukses dalam apa jua kau buat
4. Sihat selalu
5. Gelak selalu
6. Rindu & sayang kat Aisyah Humaira selalu
kehkehkeh


Say thanks to your mom..

Makcik, love you ketat-ketat sampai sesak nafas. Muah! ;)
Pesanan bersama:
semakinmeningkatumur
semakinmeningkatibadat
Ameen :)

Learn From Mistake II ;)

Sambungan..
*echa ooiii,mcm la ade orang baca blog aok ni~ haha

Apa kesudahannya kisah AI?

Sekarang kami dah jadi BIG FAMILY :)

"Gurau"
buat kami semua berkenalan... (:


AI : Abglong
OA : Abgngah
Epalo : Abglast

Aisyah Humaira, Lia Sa'ari & Shahida Halidi?

Jadi lah adik-adik yang sangat nakal
Huwahuwahuwa~

Nasib lah korang dapat adik-adik kurang nak serius ni~

Kenangan-2 takkan lupe :)

Minyak keta habis
dan abglong&abglast p mintak tolong kat rumah orang tepi jalan tu
Hahahahaha
Kami?
Gelak berguling-guling dalam keta.
Yelaaaa, takpernah kena kot.
Aduhai, lawak bebenor!

Kami main bowling
Kami makan kat kedai mamak

Sekarang?

Abang-2 kami ni dah habis blajaq~
Bila lagi la jumpe ye?

Jumpa bila ade kenduri kawen kot..


Moga ukhuwah terus berkekalan. Ameen.



The best part; kami suke gelak tanpa sebab dan taktau bile nak berhenti. haha

Friday, August 3, 2012

Learn From Mistake :)


Special entry; AI :)

Beginning

Just kenal macam2 tu je, sebab AI kan orang besar&femes. Semua orang kenal dan ramai lah suka, minat, jatuh hati dekat AI ni. Aisyah Humaira? Not interested. Yela, ape guna nak minat dekat orang yang goodlooking, popular, baik, eh, pendek kata cukup pakej la! See? That's why lah kalau tanya sape2 kat tempat Aisyah Humaira belajar, mmg letak nama dia la sbg TOP 3 dalam calon-calon suami mithali ni. *puji melambung dah ni, kebenaran.

AI tak kenal Aisyah Humaira dan Aisyah Humaira pun tak kenal AI secara peribadi.
I mean, as a friend lah. Jgn dok pikir macam2 nooo :) Bersangka baik. Hehe


Macam mane boleh kenal dan jadi kawan kpd AI?
Howwwww? :)

Saya ni agak nakal dan suka sangat la bergurau. Hari tu, *ahad rase ye, BFF saya. who else? Shahida Halidi & Lia Sa'ari tiba2 cakap,

"eh, tadi kan AI blanje kami Pita Kebab. Huhu.. Kami main2 je, dah la baru kenai kat situ. Tup2 dia belanja betul2. Walawehh, best! "

Sangat lah tidak adil bila dorang je dapat makan free, saya? Hehe. Konon2 merajuk la,  AI belanja dorang. Jeles. Buat ayat touching dgn depa, konon-konon saya minat AI ;) *See, macam budak2 kan?* Nak dijadikan cite, bff saya ni bole pulak la percaya yg saya mmg minat AI.

Adeh, saya takpernah nyembang, kenal dgn AI. Pendek kata, life saya mmg takpernah ade lintasan pun pasal AI. Bole bff caya? Apapuntakboleyyyyy...

Disebabkan percaya konon saya ni minat AI, sbg bff, dorang pun nak tolong la kenal2 kan. ehemehem. Aisyah Humaira? saya lagi la dok panjangkan bergurau tu..Ingatkan dorang ni main2 je, rupe ye, betul-2 daaa.. Haru biru!


Nak tau ape jadi lepas ni?

Tunggu sambungan ya ;)



Learnfrommistakedoesntmeanyouneedtoblameyourself.
Lifeislearningprocess.
Neverstoploveyou ;)

Tuesday, July 17, 2012

Shhh.. Nak tau takkk...


Yang baik itu kita sokong. Yang salah itu kita perbetulkan

Malangnya
Budaya masyarakat kita ni suka sangat "menjatuhkan" tanggungjawab kepada satu-2 golongan

Golongan apa?
Golongan yang tudung labuh, muslimin yang berkopiah, berserban, berjubah.
Pendek kata, golongan yang "islamik" kata ya


Dah tu golongan lain tu bukan islamik? sekular? separuh islam separuh takislam,camtu?

Hmmm ....



"Islam itu syumul"

Stigma Masyarakat

"Pakai je tudung labuh, tapi kedekut nak senyum"
"Ishhh, mamat ni kopiah je lebih tapi..."

"Taksangka kan dia camtu, tengok alim je..baik je..."
"Patutnya tudung dah bulat tu, elok la perangai ye.."

Tanggungjawab ape?

Tanggungjawab dalam bertutur,bertindak&bersikap mengikut syariat Islam :)

Sedangkan, tanggungjawab ni adalah wajib bagi setiap individu yang bergelar MUSLIM.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala

"Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu, Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh"

(Surah Al-Zariyyat 51 : Ayat 56-58)


Mereka berpakaian mengikut syariat Islam ini merupakan juga hamba yang lemah dan hanya berusaha untuk berubah dari hari ke sehari untuk menjadi lebih baik.

Mereka tetap tidak lari dari kesilapan sbg hamba yang hina.

Jadikanlah perkara-perkara yang baik sebagai contoh dan semangat buat kita semua untuk sama-sama berubah.

Dan bila mereka ada melakukan salah, jangan dihina sebaliknya sama-sama muhasabah diri.

Thursday, July 12, 2012

Beginning !

Syukur Alhamdulillah

Sejujurnya,
saya sendiri tak menyangka saya akhirnya begini
Walaubagaimanapun
saya gembira dgn penghijrahan ini

Tenang

Moga terus istiqamah
Lillahita'ala.

It's me, 
Aisyah Humaira'

stokin baby yang totally comel :)
New beginning

3rd July 2012

Respon kengkawan kipas-susah-mati ?

Echa ke ni?
Wehhhh,taksangkaaa!
Alhamdulillah :)
Sampai bila nak camni?


Itu diantara respon spontan.
Dan saya?

senyum :)
tak perlu kata apa-apa

Gembira.terharu. Kawan semuanya bagi sokongan dan layan saya macam dulu jugak
Alhamdulillah



Special thanks to:
Encik Ismail & Puan Masitah
Family, includin nenek!
Kawan kipas-susah-mati
Laoshi Ariff ;)
Semua yang banyak memberi sokongan

*Iloveyouguysomuch*


I'm still love you.









Tuesday, June 26, 2012

TAMAT

Review.

INTERNATIONAL POLITICAL ECONOMY
MANDARIN 1
RESEARCH IN SOCIAL SCIENCE
CROSS-CULTURAL MANAGEMENT
PROCESS WRITING
ORGANIZATIONAL LEADERSHIP
INTERNATIONAL LAW

___________________________________________________________________


Alhamdulillah
Syukur Ya Allah atas segalanya :)



Semester 4 : Tamat !


Mencintainya seadanya dan setiadanya.

Tuesday, June 19, 2012

Cinta: Perancangan Allah SWT

Heart

Kawan-kawan.
Memang fitrahnya manusia untuk dicintai&mencintai
Siapalah saya untuk menafikan fitrah itu

Cuma.
Biarlah perjalanan kisah cinta saya menjadi perancangan Allah SWT
Sebaik-baik perjalanan kisah ini
Apabila ianya  melalui jalan-jalan syariat-Nya
Letih.
Saya letih dengan janji-janji manusia,
Kerana saya tahu hakikatnya janji Allah SWT itulah yang pasti
Tidak meragukan&Tidak merugikan
Sakit.
Ya, saya pernah terluka dengan kisah lalu
Lukanya sangat dalam di hati
Saya fikir luka itu kerana kehilangan cinta si dia


Tidak!


Sakit itu kerana saya curang pada cinta-Nya
Lupa pada lirik-lirik cinta kitab-Nya
Lalai pada temujanji untuk bertemu-Nya
Gagal dalam mencontohi kekasih-Nya
Perkecilkan kegemaran-Nya
Asyik dengan kemungkaran-Nya



Ya Allah.
Ampunilah hamba-Mu yang hina ini



Hati.
Siapa pun bakal imam ku
Ianya telah ditentukan oleh-Nya
Imamku.
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz
Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi
Hanya Allah SWT yang tahu
Tak siapa di antara kita yang tahu


Yakin&Pastilah dengan janji-Nya


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)



Biarlah fitrah itu bergerak dalam landasan syariat.