Sunday, May 8, 2011

C I N T A bukan untuk ditangisi !

Wahai para gadis, cinta bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. jadi apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata, maka tinggalkanlah cinta itu, sebab air mata yang tumpah pada detik ini logiknya akan berterusan jika anda berkahwin dengan insan tersebut.

Jika benar dia menyintai anda , mengapa dia harus menyebabkan anda menangis? Jika benar dia sayangkan anda, mengapa harus mempermain-mainkan perasaan anda? Dia hanya ingin bermain atau menguji anda. Tapi anda tiada masa untuk bermain sebab tumpuan anda adalah pelajaran. Siapa dia untuk menguji ketahanan anda sedangkan anda mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan yang gemilang.

CINTA YANG SUCI MURNI SERTA TULUS MULUS TIDAK MEMERLUKAN AIRMATA TAPI TERTAWA RIA.

Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yang tenang, lurus dan menuju matlamat; sebaliknya jika sengketa dan airmata mewarnai hari,ia ibarata perjalanan yang tersekat-sekat oleh landasan yang bengkang bengkok, tidak rata dan tidak menuju matlamat.

Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta TUMPUAN ANDA TERHADAP TUHAN dan pelajaran kian menghilang, TINGGALKANLAH CINTA ITU dan binalah cinta yang baru.

Cinta bagaikan Laila dan Majnun sudah tiada. Kesetiaan bagaikan Romeo dan Juliet hanya sesuai untuk zaman dahulu kala, tatkala tiada banyak sangat perkara perlu dihambat dalam hidup.

Tidak perlu terlalu banyak membuang masa dengan cinta. Cinta harus memotivasi kita untuk mengejar kejayaan, bukan menjahanamkan kita dengan perlakuan-perlakuan sumbang.

Cinta harus jadi booster kecemerlangan diri. Betul...,ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri.

Cintailah seadanya.....

-Membina Peribadi Anggun, Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj

Saturday, March 26, 2011

Shopping !

Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH swt !
Perjalanan sebagai seorang anak yang berjauhan dengan abieummie tercinta sangat mencabar, dan sangat berterima kasih atas sokongan sahabat handai yang sentiasa memberi sokongan. Moga kalian sentiasa dirahmati oleh-Nya :)

Jatuh cinta terhadap ilmu ini, mungkin perkara biasa bagi segelintir masyarakat kini, bukan pada kebanyakannya.Terletak kepada individu 'gaya' dalam menuntut ilmu ini. Ada yang belajar sekadar untuk HAFAL dan jawab EXAM. Banyak ruginya kat situ...
Buat diri dan rakan, ilmu ini perlu untuk kita 'guna' dalam kehidupan bukan untuk peperiksaan semata. HEBAT kan diri anda dengan ILMU :)
tapi, bukan sekadar ada ilmu tapi tiada AMAL... penting untuk ada AMAL !

Shooping :)
Bukan shopping 'baju',kasut tumit tinggi atau beg tapi .....




syokkkk habis !!
heeeee :) buku buku buku!diskaun 10%. Maaaarrriiiiiiiiii ! Heeeee
actually ana p jalan2 kat pesta buku ni, dah berhari hari.
tapi, beli ye tak pun.
hari last pesta ni, baru shoping BUKU !







Manfaatkan wahai Aisyah Humaira' :)
Bahagiakan Hati Anda dengan Cahaya ..

Thursday, March 24, 2011

Besarnya Kasih Sayang Mu, Ya ALLAH s.w.t

melalui hari tanpa masalah itu, bukan kehidupan namanya sedara !
sejujurnya, akhir-akhir ni banyak memberi tekanan.
mungkin kerana jadual yg terlalu padat *terdetik dihati, Ya Allah, mampu ke aku?

3/3 - kuiz management
5/3 - Academic Boom & kawad kaki
8/3 - midtem Management
11/3 - Endurance Explorace
15/3 - midtem keusahawanan
17-20/3 - Debat Integriti, Integrasi ko-k dan submit asgmnt Modern World History
22/3 - Presentation Industrial Revolution & midtem Statistik Sains Sosial
29/3 - kuiz struktur politik

padat kan?
ana memang Streeessss tahap maxima laa.
Tapi, syukur Alhamdulillah.. kesemua ni berjalan lancar dengan keizinan-Nya
Besarnya kasih sayangMu !!
Alhamdulillah again.
Memang ada perkara yang membuatkan ana terkilan dalam tempoh bulan ni, macam-macam perkara berlaku.
Namun, ana yakin, JADIKAN ALLAH SWT SEBAGAI MATLAMAT, APA PUN MASALAH AKAN KELIHATAN KECIL.

Sunday, March 20, 2011

GEMBIRA bersama anda semua ;p

Entri nak mengeTHANKS kepada kawan yang selalu menggembirakan usus aisyahhh HEHE
keluarga UCAP, kawan sekolah, kawan univ, "I skema laaaa
I sayang gile kat korangggg, kalau ade yang aisyah tak masuk kan gmbar, bukan mksud taksayang, okey?
tapi ni jeee gambar yang adeee :D
Ilysm 

enjoy it !


love uooolllls

abang-abang seniorrrrssss HEHE

kengkawan yang selalu ajak main game kanakkanak riang Heee


kawansampaimati

Wednesday, March 16, 2011

pengubat HATI *__*

saya anak MANJA :)
pelik jugak bila ade orang yang malu atau taknak mengaku yang dia 'anakmanja'.
konon nya, saya seorang berdikari! saya taksuka peluk-cium ni, GELI kata ye.
Sedar atau tak, anda tetap anak MANJA !
Percayaaaalaaaaahhhhh *lirik siti nurhaliza
HEHE muka suci ni, talak tiputipu punya (^_^)
Cuba korang fikir, setiap kali ade masalah ...
mesti teriakkk 'maaaaakkkkk'!
dulu masa kecik kecik mungkin kita zahirkan 'maaaaakkkkk' tu, tapi walaupun korang dah besar ni...dalam HATI tetap panggil 'maaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk' HAHAHA kankankan?
Takpayah laaa nak nipu, dose tau !
Sengih tu sila tutup gigi, takcantik pun HUHUHU
Actually, aku rindu tahap MAKSIMUM kat makayah aku ;p
Lambat yeee balik kampung ..........

Friday, March 4, 2011

Bukan NOKTAH Jawapannya :)


Permulaan mengikuti debat secara serius pada semester ni sangat memberi cabaran yang besar. Nekad pada hujung semester satu, tidak lagi menoleh ke alam perdebatan yang sebenarnya banyak membantu aku memenuhkan 'tabung' ilmu yang kosong itu. Merasakan diri tidak sebagus mereka disana membuat diri rasa lagi tersisih. Jauh di sudut hati, " Ah, aku tak layak berada disitu. Mungkin hanya sekadar 'peminat tegar' dalam taman hati " Ada nada memujuk disitu. HEHE
Sekadar jadi penonton ketika DEBAT PERPADUAN di PERLIS INDAH KAYANGAN sudah mencukupi, mungkin itu yg bermain dalam kotak pemikiran aku. Nekad dahulunya mahu melepaskan alam debat ini mula goyah.Kerana .. PERKAMPUNGAN DEBAT INTEGRITI di Puspanita.
Walaupun aku masih tidak selesa dengan rakan2 debat, terasa 'janggal' tapi aku tetap pergi perkampungan debat. Tak tahu kenapa, mungkin kerana cinta dalam debat ni. HEE :)
rumors SENIORS sgt garang dan tegas buat aku rasa lagi 'matilaaah' aku.
Alhamdulillah, SENIORS yg dikatakan garang tu sebenarnya banyak membantu aku. Bagaimana pemikiran mereka yg sememangnya superb ! Jauh ketinggalan pelajar universiti yg baru bertatih ni.Semangat yg berkobar2 selepas perkampungan kini seolah2 Hilang.
Masing2 alasan jadual PADAT termasuklah aku ! hakikatnya, ni salah aku sebab takpandai manage masa. Hmmm Paling aku respek, HADI HALIM. Setiap hari dtg latihan tanpa MERUNGUT dan bagi komitmen yg totally SUPERB Okey? HEE
Yang lain? Aku ni? Janji kpd seniors yg byk berkorban perlu dipegang. Aisyah, wake up! sowy kepada semua seniorsss :(
Kenapa aku down gile sekarang?Bukan debat saje, Intaff, kengkawan?

Thursday, February 24, 2011

ZINA HATI

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim
memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”




Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


by - IMAM MUDA AZHAR http://khairulazharghazali.blogspot.com/2011/02/zina-hati.html#comment-form